Bila kita bercakap tentang perniagaan MLM terutamanya di kalangan umat Islam dan bangsa Melayu, pasti ramai yang tidak berminat, ada juga yang kata haram, skim piramid, orang bawah mengayakan orang atas dan sebagainya. Perniagaan MLM kini tumbuh bagaikan cendawan. Kebanyakan perniagaan yang baru juga mengamalkan konsep MLM. Saya bukanlah seorang yang arif bab-bab agama tapi suka saya merujuk kepada mereka yang lebih arif dalam hal-hal ini.
Suka saya merujuk bab ini melalui blog http://blog.najahudin.com/artikelku-dalam-utusan-hari-ni-mlm-mesti-menepati-syariah/comment-page-46/. MLM adalah salah satu konsep perniagaan seperti franchise juga. Ia hanyalah satu konsep.Tapi apa yang salahnya di sini yang membuatkan ramai tidak menggemari perniagaan berkonsepkan MLM adalah apabila ianya diputarbelitkan oleh peniaga-peniaga atau juga pengedar-pengedar dari syarikat tersebut. Disebabkan ingin mengejar kedudukan dan kekayaan dengan cepat, maka mereka ini tanpa rasa segan atau bersalah cuba memerangkap ahli-ahli baru dengan rangka pemasaran (marketing plan) mereka sendiri. Ada juga yang membuat promosi atau iklan secara berlebihan. Segala testimoni dipamerkan untuk menunjukkan keberkesanan produk yang dijual tanpa memberi penerangan secara terperinci. Contoh iklan yang paling saya tidak gemari adalah iklan di mana mereka ini menunjukkan wang hasil pendapatan. Terus terang saya katakan, bagi mereka yang kurang berpengalaman dalam bidang perniagaan dan ingin berniaga dan memperolehi keuntungan dengan cepat pasti akan tertarik dengan keuntungan yang bakal diperolehi dalam sekelip mata. Apatah lagi caranya nampak seakan-akan begitu mudah. Bagi saya, biarlah iklan itu dibuat secara bersederhana sahaja...ada juga yang meletakkan produk 100% efektif...Wow!!! macam bagus kan...tapi ingatlah bahawa tiada yang 100% melainkan dengan Izin Allah....
Saya juga suka berniaga. 5 tahun yang lepas saya menceburi bidang perniagaan franchise. Sambil berniaga saya juga masih bekerja di salah sebuah syarikat yang terkenal sebagai seorang jurutera. Pada mulanya niat saya kalau perniagaan saya maju, saya hendak berhenti bekerja tapi ia tidak seperti yang dirancang. Akan saya kongsikan cerita saya ini dalam post akan datang secara terperinci. Setelah menjual perniagaan tersebut kepada seorang anak muda yang ingin mencuba saya fokus kepada kerjaya sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat antarabangsa yang lain. Kemudian, Allah telah mengutuskan seorang rakan saya untuk berkongsi dengan saya tentang perniagaan yang beliau ceburi. Pada mulanya saya kurang berminat disebabkan saya tidak mahu terjebak dalam perniagaan MLM ini. Tapi apa yang membuatkan saya berdaftar menjadi ahli adalah kerana ingin mencuba produknya sahaja dan ingin mendapatkan harga ahli. Bagi saya, kalau produk tersebut tidak berkesan, tidak pula menjadi masalah sebab tahun depan tidak perlulah saya menyambung menjadi ahli semula. Cukuplah hanya setahun. Mendaftar menjadi ahli juga tidaklah begitu mahal kerana dengan wang pendaftaran tersebut saya diberikan sebuah beg berisi katalog dan juga beberapa buku panduan perniagaan. Setiap bulan juga syarikat akan mengepos majalah berkenaan dengan produk atau apa sahaja yang berkaitan. Jika dikira semula ia tidaklah semahal yang disangka.
Setelah mendaftar, pada keesokannya saya terus menuju ke HQ syarikat yang terletak di Petaling Jaya...hmmm...boleh tahan juga HQ...cantik dan besar...tapi itu bukan tujuan utama saya mendaftar. Tujuan utama adalah untuk membeli produk kesihatan untuk anak-anak dan diri sendiri. Bukanlah saya nak kata produk ni adalah produk paling baik tapi selepas 2 minggu saya memberikan pada anak-anak secara konsisten, saya dapat melihat perubahan yang ketara. Dengan izin Allah anak-anak saya dah tak selesema. Saya juga dapat merasakan sedikit perubahan pada diri sendiri di mana saya dah kurang sakit kepala apabila kurang rehat. Hmm...bagus juga produk ni. Terus saya cuba produk-produk lain untuk melihat keberkesanannya. Apabila ada masa yang terluang saya membuat ujikaji/demo sendiri untuk membuat perbandingan dengan produk yang biasa dibeli. Sekali lagi ia menunjukkan keputusan yang positif. Kemudian saya terus membuat bacaan tentang kandungan produk. Alhamdulillah, produk kesihatan yang digunakan disahkan halal malah produk-produk lain juga adalah bagus dan efektif. Ini membuatkan saya tertarik untuk mengenali dengan lebih mendalam lagi tentang hampir semua produk yang dipasarkan oleh syarikat ini. Saya mula membuat perbandingan dari segi harga, keberkesanan dan lain-lain. Ternyata apa yang digembar-gemburkan sebelum ini bahawa barang-barang yang dijual oleh syarikat-syarikat yang berkonsepkan MLM adalah mahal tidak tepat sama sekali. Mungkin ada di antara barangan tersebut apabila dilihat dari segi harga mungkin agak mahal tetapi apabila dibandingkan dari segi kualiti adalah amat berpatutan. Sebagai contoh apabila kita membeli jam tangan G-Shock yang tulen (original) dan yang jual di pasar malam pasti kita dapat membezakan kualiti jam tersebut. Tapi yang tulen berharga lebih 8 kali ganda mahal dari yang dijual di pasar malam. Harga yang berbeza ini adalah disebabkan kualiti dan ketahanan jam tersebut. Sama juga seperti barangan-barangan yang lain. Kita sebagai pengguna perlu bijak membuat perbandingan apabila membeli barang. Janganlah disebabkan harga yang murah kita terus membeli. Kita seharusnya menyelidik terlebih dahulu apa yang menyebabkan harganya terlalu murah. Kalau makanan mungkin tarikh luputnya sudah hampir, kalau barangan mungkin ada cacat cela yang kita tidak perasan. Kalau yang mahal pula jangan kita sangka barangnya betul-betul
berkualiti. Takut kadang-kadang ada yang mengambil kesempatan untuk
mendapatkan untung berlipat kali ganda. Jadi berfikir sebelum bertindak dan hanya membeli apabila kita berpuas hati.
Berbalik kepada perkongsian tentang MLM. Nama Amway mungkin tidak asing bagi mereka yang biasa dengan perniagaan MLM. Amway Malaysia adalah salah sebuah Syarikat Jualan Langsung (Direct Selling) yang telah lama bertapak di Malaysia sejak tahun 1976 dan ia juga adalah merupakan Syarikat Jualan Langsung yang pertama yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1996. Pada tahun 2010 pula, syarikat ini juga merupakan syarikat yang pertama yang telah dianugerahkan lesen jualan langsung yang pertama di Malaysia selama 10 tahun bermula pada tahun 2010. Kebanyakan syarikat-syarikat jualan langsung yang lain diberikan lesen selama 5 tahun. Sila rujuk di laman web KPDNKK sebagai bukti. Bukan sahaja di Malaysia, tetapi Amway telah bertapak di lebih daripada 60 buah negara di seluruh dunia. Kedudukannya di pasaran antarabangsa jika dibandingkan dengan syarikat-syarikat jualan langsung yang lain cukup membanggakan. Sila rujuk laman web Direct Selling News. Jika kita lihat dari segi pencapaian Amway, ia menunjukkan syarikat ini adalah salah sebuah syarikat yang kukuh. Tidak banyak syarikat yang mampu bertahan selama Amway.
Sebagai umat Islam kita seharusnya menitik beratkan soal syariah dalam menjalankan bidang perniagaan mahupun pelaburan. Ini yang menjadi isu hangat di kalangan bangsa Melayu dan umat Islam Malaysia apabila disebutkan tentang MLM. Seperti yang disebutkan melalui blog Encik Najahudin, MLM mesti menepati syariah. Rekabentuk asal MLM yang pada asalnya menepati syariah seringkali dilencongkan oleh pengedar-pengedar menjadikannya sebagai suatu yang tidak dibenarkan dalam Islam atau boleh menjadi haram. Hakikat yang perlu diakui, MLM adalah instrumen pemasaran yang baik untuk mengedar sesuatu produk atau perkhidmatan. Ini berlaku apabila pengedar yang dilantik oleh syarikat akan membentuk rangkaian pengedar lain di bawahnya. Seterusnya mereka akan mendapat bonus, komisyen atau insentif hasil daripada jualan peribadi dan rangkaian masing-masing. Jadi sekiranya kita menjadi pengedar dan kita ikut rangkaian pemasaran asal yang patuh syariah ia tidak akan menjadi masalah. Mari kita lihat secara terperinci apakah jenis pemasaran yang bertepatan dengan syariah.
(i) Profil syarikat MLM hendaklah bersih daripada terlibat atau mempunyai saham dalam industri yang diharamkan.
- Seperti yang disebutkan di atas tadi, Amway Holdings telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur. Saham yang diniagakan adalah patuh syariah. Sila rujuk kepada Senarai Sekuriti Patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Jadi ia menepati syariah.
(ii) Perniagaan MLM hendaklah berasaskan kontrak muamalat Islam seperti jual beli produk atau perkhidmatan dan bukannya berbentuk skim piramid, skim cepat kaya atau money games.
- Perniagaan Amway adalah berasaskan jual beli produk dan perkhidmatan dan ia bukan berbentuk skim piramid, skim cepat kaya atau money games. Amway memasarkan beratus-ratus jenis produk untuk dijual oleh pengedar. Pengedar memperolehi keuntungan dari hasil jualan produk dan juga bonus pencapaian seperti yang telah ditetapkan oleh syarikat. Ada yang kata orang bawah kerja orang atas dapat untung. Sekiranya anda betul-betul faham konsep pemberian bonus dari Amway kepada setiap pengedar, ia tidaklah seperti yang disangka. Terus terang saya katakan bahawa saya tidak akan mendapat apa-apa bonus sekiranya saya tidak berusaha atau tidak melakukan sebarang pembelian atau jualan atau membina rangkaian perniagaan dengan rakan-rakan niaga yang lain. Contohnya jika saya berjaya mendapatkan seorang rakan sebagai rakan niaga saya di bawah kendalian saya tetapi saya tidak berbuat apa-apa. Sebaliknya rakan saya ini berusaha dengan rajin untuk meningkatkan jualan dan membentuk rangkaiannya sendiri. Bonus yang diperolehi oleh rakan saya ini tidak akan saya terima melainkan saya juga turut serta berusaha membina rangkaian yang lebih ramai. Di bawah saya tunjukkan contoh pendapatan bonus. Jumlah PV (Point Value) dan Ringgit Malaysia (RM) yang diperolehi dari belian produk adalah anggaran sahaja. Setiap produk mempunyai nilai PV vs RM yang berbeza.
Sekiranya anda lihat betul-betul cara pengiraan bonus dan pada bahagian jumlah pendapatan, pendapatan yang anda terima akan ditolak dengan pendapatan yang diperolehi oleh rakan niaga anda yang lain.
(iii) Produk atau perkhidmatan yang ditawarkan adalah halal, bermanfaat dan sah di sisi syariah serta undang-undang negara.
-Produk-produk Amway yang dipasarkan adalah halal. Nutrilite salah satu produk kesihatan yang dipasarkan telah mendapat sijil halal dari IFANCA (Islamic Food and Nutrition Council of America) dan IFANCA juga telah diiktiraf oleh JAKIM. Anda boleh rujuk laman web IFANCA dan juga JAKIM untuk pengesahan. Kebanyakan produk Amway yang perlu diambil secara oral atau dipakai di badan adalah dari sumber semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan. Oleh itu, Insyaallah ia dijamin halal. Tiada penggunaan bahan dari sumber tidak halal seperti khinzir dalam penghasilan produk pemakanan.
(iv) Upah untuk pengedar yang mencari ahli dan downline baru adalah daripada peruntukan syarikat atau suatu dana khas dan bukannya daripada yuran penyertaan mereka.
- Tiada sebarang keuntungan diperolehi oleh pengedar hasil dari mencari ahli atau downline atau rakan niaga lain dalam Amway. Yuran pendaftaran adalah semata-mata sebagai bayaran kepada kit perniagaan yang merupakan sebuah beg berisi katalog-katalog produk, panduan perniagaan, beberapa bahan bacaan dan CD serta majalah yang akan dipos ke rumah pada setiap bulan.
(v) Harga jualan produk tidak terlalu mahal dan melampau hingga melebihi dua kali ganda nilai berbanding dengan harga pasaran.
- Ini yang orang selalu cakap. Harga barangan produk MLM mahal. Kat bawah ni saya tunjuk beberapa contoh barangan Amway jika dibandingkan dengan dibeli di pasaraya lain.
Di bawah disertakan 1 lagi produk yang sama dan jenama yang sama.
Kalau dilihat jam yang sama jenama dijual di kedai adalah lebih mahal dari yang dijual di Amway. Harga yang dipaparkan di laman web Amway juga adalah pada harga jualan dan bukan harga ahli. Harga yang dibeli oleh ahli adalah 20% - 25% lebih murah. Jadi, yang mana lebih murah sebenarnya. Adakah ia mahal? Yang mana produk yang mahal yang dijual di Amway sudah pastinya produk yang berkualiti kerana Amway sentiasa memastikan produk-produknya mempunyai kualiti yang tinggi dan disertakan pengesahan dan pensijilan daripada badan-badan antarabangsa yang berwajib. Sekiranya seseorang itu terasa mahal, tidak perlulah dia membeli produk tersebut. Beli sahaja di kedai luar. Lepas tu tengok dan rasai kualitinya.
(vi) Keuntungan, komisyen atau bonus yang diperolehi hendaklah jelas ditetapkan serta daripada hasil jualan peribadi, jualan kumpulan atau bimbingan kepada downline dan bukannya daripada bayaran yuran pendaftaran atau tajaan ahli baru.
- Dalam rangka pemasaran Amway keuntungan atau bonus diperolehi adalah daripada hasil jualan peribadi, jualan kumpulan dan bimbingan kepada rakan niaga atau downline dan bukannya daripada bayaran yuran pendaftaran atau tajaan ahli baru.
(vii) Keuntungan dan komisyen yang diperolehi oleh upline adalah daripada downline yang dibantunya sahaja dan tidak terlalu jauh jarak antara kedua-duanya.
- Ini telah ditunjukkan dalam gambar seperti pada kenyataan (ii) di atas. Keuntungan yang diperolehi oleh upline daripada downline yang dilatih dan dibantu olehnya sahaja.
(viii) Upline dan downline mempunyai hak yang sama untuk mendapat keuntungan yang lebih tinggi antara satu sama lain berdasarkan jualan yang dilakukan dan bukannya atas faktor siapa yang masuk dahulu sentiasa akan untung lebih tinggi.
-Seperti yang telah dijelaskan dalam kenyataan (ii), sekiranya downline lebih rajin dia akan mendapatkan keuntungan yang lebih dari hasil jualan.
(ix) Upline hendaklah mengadakan pertemuan, latihan, teknik pemasaran motivasi dan bantuan kepada downline untuk melayakkannya menerima komisyen jualan orang bawahannya.
- Dalam Amway atau mungkin beberapa syarikat MLM yang lain, beberapa jenis kursus dan latihan disediakan. Ada di antara kursus dan latihan yang perlu dibayar dan ada yang dilakukan secara percuma. Ia bergantung kepada jenis latihan yang diadakan. Banyak teknik-teknik pemasaran terkini yang boleh menjadikan sesuatu perniagaan itu lebih mudah dijalankan. Ada juga di antara upline atau ketua yang mengambil inisiatif sendiri untuk memberi bantuan kepada rakan niaga atau downline yang lain secara percuma. Tapi harus diingatkan kepada semua pengedar bahawa latihan atau teknik haruslah selari dengan syariah dan menepati syarak dan hukum. Ia juga perlu dilakukan secara beretika.
(x) Syarikat MLM hendaklah melantik Panel Penasihat Syariah dalam organisasi mereka untuk mencadang kelulusan dan memantau setiap produk dan pelan pemasaran supaya selari dengan muamalat Islam.
- Seperti dalam kenyataan (i) urusniaga Amway telah dipantau oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Oleh itu, segala bentuk urusniaga akan dipastikan agar mengikut kehendak syariah.
Kesimpulan yang boleh saya buat di sini adalah sekiranya pengedar-pengedar menjalankan perniagaan MLM secara beretika dan mengikut syariah ia tidaklah menjadi satu kesalahan. Perniagaan apa pun jika tidak dijalankan secara beretika walaupun hanya menjual pisang goreng tetapi diletakkan ramuan-ramuan yang puncanya tidak halal, jadilah ia tidak mengikuti syariah dan syarak. Jadi pilihlah perniagaan yang bersesuaian dengan diri anda dan fokuslah pada perniagaan tersebut. Insyaallah, jika Allah telah menetapkan itu adalah rezeki kita, ia tidak akan ke mana. Yang penting setiap perkara yang dilakukan adalah kerana Allah.
Walaupun saya sudah tahu tentang perniagaan MLM ni bertahun lamanya tapi saya tidak pernah hendak mengkaji dengan lebih mendalam disebabkan kurang berminat untuk mencari rakan niaga. Tetapi apabila Allah menemukan saya dengan rakan ini, mungkin ini adalah salah satu jalan yang Allah tunjukkan kepada saya untuk mendapatkan rezeki tambahan. Apabila kita lakukan semuanya kerana Allah dan lakukan ia secara Istiqamah, secara beretika dan mengikut syarak, Insyaallah semuanya akan dipermudahkan. Tidak perlulah saya katakan berapa yang diperolehi kerana bagi saya walaupun kecil pendapatan yang diperolehi ia tetap rezeki yang halal. Setiap usaha kita akan dibayar kelak. Yang saya tahu saya tidak perlu mengeluarkan modal yang besar dan tidak perlu untuk takut akan risiko yang bakal dihadapi seperti suatu ketika dahulu semasa saya berniaga melalui konsep franchise. Cukuplah dengan pengalaman yang pernah dilalui. Alhamdulillah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Melalui perniagaan ini juga ia menjadikan saya seorang yang lebih bersabar, berfikiran positif, dan bersyukur. Saya juga dapat mengenali lebih ramai rakan lain dan terus membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira penat lelah. Ada di antara kita yang perlu berusaha lebih ada yang tidak. Semua ni sudah ditentukan oleh Allah.
Oh lupa. Ada juga yang mengatakan perlu masuk kumpulan yang betul. Hmm...saya tidak nafikan perkara ini. Tetapi jika anda merupakan seorang yang berfikiran ke hadapan, mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan, tidak perlu tunjuk ajar yang komprehensif, sentiasa mengkaji dengan sendiri (self learner), bermotivasi (self motivator), mempunyai daya pemikiran kreatif dan inovatif, mungkin dalam mana-mana kumpulan pun anda boleh menjadi seorang yang berjaya. Mereka yang tidak mempunyai pengalaman, yang memerlukan tunjuk ajar dan sokongan, yang memerlukan mentor, perlu berada dalam kumpulan yang betul. Mungkin disebabkan ini, ramai yang menyertai MLM sangkut di tengah jalan. Bekerja dalam kumpulan juga adalah sesuatu yang lebih baik. Bak kata omputeh 'two heads is better than one'...kerja akan menjadi lebih mudah apabila dilakukan secara berkumpulan, banyak perkongsian boleh dilakukan dan saling bantu membantu apabila salah seorang memerlukan bantuan. Disebabkan itu ikatan persaudaraan akan menjadi lebih kuat dan kita mempunyai seseorang yang boleh menyokong kita apabila kita lemah. Tak kira lah MLM apa pun yang anda hendak ceburi, apa yang penting kita haruslah memilih dan menjalankan perniagaan mengikut garis-garis panduan yang telah ditetapkan. Jadi buatlah pilihan yang betul. Bagi saya sekiranya anda ingin betul-betul berniaga pilihlah syarikat yang mempunyai produk yang berkualiti dan produk yang variasi dan mudah dijual dan juga untuk kegunaan sendiri. Bagi sesiapa yang ingin mencuba untuk berniaga atau hendak menjadi ahli sahaja bolehlah hubungi saya.

URGENT LOAN OFFER APPLY AND GET YOUR LOAN NOW
ReplyDeleteHello, Do you need a loan from The most trusted and reliable company
in the world? if yes then contact us now for we offer loan to all
categories of seekers be it companies or for staff usage. We offer
loan at 3% interest rate, Contact us via Whats app +919205646839
mohanmendcompany01@gmail.com
LOAN SEEKERS APPLICATION FORM
******************************
1) Full Name:
2) Gender:
3) Loan Amount Needed:
4) Loan Duration:
5) Country:
6) Home Address:
7) Mobile Number:
8) Fax Number:
9) Occupation:
10) Monthly Income:
11) Salary Date:
12) Purpose of loan:
13) Where did you get our loan advertisement:

ReplyDeleteWe give out loans with an affordable interest rate of 3%
Captain One provide Excellent and Professional Financial Services and we are known and genuine money lenders across the globe
Our services include the following:
Truck Loan
Personal Loan
Debt consolidation loan
Car Loans
Business Loan
Student Loan
Mortgage Loan
Refinancing Loan
Home Loan
Improvement loan
Construction Loan
Please write back if interested with our interest rate:Kindly contact us via:abdullahonlinefinance@gmail.com
Do you need Finance?
ReplyDeleteAre you looking for Finance?
Are you looking for a money to enlarge your business?
We help individuals and companies to obtain loan for business
expanding and to setup a new business ranging any amount. Get a loan at affordable interest rate of 2%, Do you need this cash/loan for business and to clear your bills? Then send us an email now for more information contact: SUNSCROWN FINANCIAL LIMITED
Email: sunscrownfinancialltd@gmail.com
Tel: +919077409349
Mr. Shetty
QUICK EASY EMERGENCY URGENT LOANS LOAN OFFER EVERYONE APPLY NOW +918929509036 financialserviceoffer876@gmail.com Dr. James Eric
ReplyDelete